Entry: The Lost of "The Lost World" Friday, January 05, 2007



johor dilanda banjir yang paling teruk dalam tempoh 100 tahun!!!
berita ni satu malaya dah tahu. sape yg tak tahu johor dilanda banjir yang teruk aku tak tau dia duduk planet mana. Aku sebagai saksi kejadian bencana alam amat bersimpati dengan mereka² yang menjadi mangsa, terutama yg kehilangan, kerosakan harta benda, tak kurang jugak pada mereka yg hilang sanak saudara. pada yg belum menghulurkan bantuan, marilah kita bersama² membantu mereka yg malang ni. sesungguhnya bantuan anda masih dan amat diperlukan. pada yang dah tu, teruskan membantu.

pra banjir
aku ingat lagi, hujan mula membasahi bumi lost world pada malam sabtu, 16 disember 2006. hujan tidak lah begitu lebat, tapi tanpa henti sehingga lah pada waktu malam. pada waktu itu ramalan kaji cuaca mengatakan bahawa hujan akan berlarutan selama 48 jam sehingga hari isnin. petang isnin, hujan belum menunjukkan tanda² ingin berhenti. berita malam itu meramalkan bahawa hujan dijangka akan berlarutan lagi sehingga hari jumaat. bermakna jika dihitung hujan akan melanda lost world (secara umumnya johor dan kawasan sewaktu dgnnya) selama 6 hari berturut turut. wahhh.. lamanye. pada waktu itu aku kira, hujan ini tidaklah akan membawa kepada bencana yang besar. bukan aku saja, malah aku percaya semua warga lost world yg lain pun fikir begitu. jadi semuanya relaxxxx~ (ambil lewa sahaja).
kerana tahun lepas juga aku ada pengalaman begini. pada masa itu hujan tidaklah terlalu lama. aku kira dalam 3 atau 4 hari berturut². dan air tidak lah naik begitu tinggi. cuma rumah² atau kawasan yg betul² berhampiran dengan sungai sahaja yg dinaiki air. itu pun tidak terlalu tinggi dalam 2 hingga 3 kaki dan jalan² raya juga tidak dinaiki air pada masa itu.
sehari sebelum lost world mula banjir, aku sempat lagi ke bandar, selesaikan segala urusan bank dan beli barang² keperluan. pada masa itu, air sungar segamat sudah penuh tapi belum melimpah. rasanya belum sampai aras bahaya. sebab pada masa itu belum dikeluarkan amaran banjir.

banjir
19 disember 2006, hari ke-3 hujan, air sungai sudah melimpah. dan telah menawan kawasan² yang berdekatan sungai. tetapi belum sampai ke jalan raya. pagi 20 disember 2006 air naik ke paras bahaya. hujan masih belum berhenti ketika itu. amaran banjir sudah dikeluar kan. ada juga jalan yang sudah dinaiki air. dan beberapa jalan sudah tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil. housemate aku pergi kerja macam biasa. aku yang  belum keluar dari rumah masih tidak tahu apa yg berlaku di lost world ke tika itu. kira² pukul 9 pagi dia call
"air dah naik. jalan tutup. dah tak bleh pegi bandar. takde orang datang keja. jom kita keluar beli stock makanan"
aku yang ketika itu belum mandi (haa.. kantoi) kerana kesejukan yang amat terpaksa bergegas menyiapkan diri (termasuk mandi). jalan ke bandar segamat dah ditutup. jalan ke bandar jementah pun ditutup. satu² nya jalan yang boleh lalu, jalan batu anam, menuju ke gemas dan buloh kasap. kitorang pergi beli stock makanan di kedai runcit yg paling dekat, dekat bukit tunggal. lepas tu, pergi meninjau² kawasan. tapi kami tak boleh pergi jauh kerana jalan ditutup. jadi kami tidak tahu apa yg berlaku di kawasan bandar dan kawasan² lain. malamnya tengok berita. subhanalllah, teruknya banjir. ramai yg telah dipindahkan. ribu² jugak angkanya.
esoknya, 21 disember 2006, jalan batu anam ke buloh kasap dan gemas juga sudah ditutup. makanya.... kami terputus hubungan, tak boleh kemana². lost world telah "hilang" dan tak dapat dihubungi melalui jalan darat, kecuali jalan air atau udara.
nasib baik rumah aku tidak dinaiki air. maklumlah kat kawasan tinggi, lagipun rumah aku tingkat 3. huhuhu. dan Alhamdulillah masih ada bekalan elektrik dan air dan bekalan makanan juga masih cukup untuk tempoh lebih seminggu. pendek kata kemudahan harian masih ada cumanya tidak dapat ke mana². terputus hubungan, tapi takpe tv ada jadi masih dapat tahu apa yg berlaku di dunia luar dan dapat tahu perkembangan banjir.
bantuan lambat tiba. mungkin kerana pertama kali menghadapi bencana seumpama ini atau mungkin kerana terputus hubungan. dari lintas langsung di tv, aku dapat tahu yang mangsa² banjir di penempatan sementara masih belum dapat bantuan makanan, dan kemudahan lain. bekalan elektrik dan air juga terputus. MasyaAllah, mesti seksa hidup diorg masa tu kan. takde air... camne nak berak kencing. baby or budak kecik lagi. kalau pampers abis camne? perempuan pulak kalau period camne? kalau anda semua masa itu masih selesa mandi dirumah... boleh tak bayangkan situasi mereka pada masa itu.
hari² yg seterusnya bantuan mula tiba sedkit demi sedikit. banyak pihak telah berusaha bertungkus lumus menyalurkan bantuan. tak boleh jalan darat, jalan air, tak boleh jalan air, jalan udara. dan nasib mangsa² banjir ni terbela sedikit demi sedikit. kami yang terperangkap di dalam kampus juga berusaha untuk membantu mangsa di kawasan berdekatan. pakaian dan keperluan harian yg hendah disedekahkan kami kumpulkan. kami juga menyediakan tangki air dan lori untuk menghantar bekalan air ke kawasan penempatan yang boleh kami pergi. Alhamdulillah, tak banyak pun sikit kami telah meringankan beban yg mereka tanggung. padahal sebenarnya bekalan air ke kampus juga sudah terputus. yang ada cuma air dari tangki. tapi tak apa, kami sanggup berkorban demi meringankan beban mangsa² banjir tersebut.
yg aku sedih, masa pergi hantar bantuan di sebuah surau, ada penghuni yg ditempatkan sementara di situ bergaduh berebut pakaian. mungkin mereka terlau terdesak dan tertekan waktu itu. ada jugak beberapa rumah staf yg dilaporkan ditenggelami air, bukan paras lutut, bukan paras pinggang, bukan paras leher tapi pada paras bumbung rumah. ada seorang staf tu sedang bercuti di australia bersama keluarga. rumah yg dulunya tersergam indah, bersama dengan 4 buah kereta, ada besar ada kecik dan motor besar dan barang² lain tak tahu lagi ape... semuanya ditelenggami air.
aku kira negeri johor pada masa itu sudah menjadi pulau². pulau muar, pulau batu pahat, pulau johor bahru, pulau kluang, pulau mersing dan pulau lost world. kerana dikelilingi air dan tidak boleh berhubung dengan kawasan lain melalui jalan darat.
aku pulak ketika itu sedang risau. macam mana dengan perjalanan keretapi?? bolehkah aku keluar dari lost world untuk ke new castle?? tapi aku tetap bersyukur, kalau tak dapat keluar pun, aku masih belum ditimpa bencana macam yg orang lain hadapi.
hari pertama dan kedua banjir, aku kira warga lost world yg rumah tidak dinaiki air hanya tinggal di rumah. dan masuk hari ketiga, masing² sudah mula mencari jalan keluar, kalau² ada jalan yg telah boleh dilalui dan mereka boleh keluar dari lost world. termasuklah aku. tetapi air banjir belum menunjukkan tanda² ingin surut walaupun hujan sudah mula berhenti sekejap². berita tentang air empangan yang akan dilepaskan tambah membimbangkan penduduk. ternyata air empangan yg dilepaskan memang memburukkan keadaan banjir. tapi aku percaya, jika tidak dilepaskan dan empangan pecah keadaan akan jauh lebih buruk.
masa raya haji ada pulak amaran banjir kali kedua di johor dan negeri² yg sewaktu dengannya. huh... kali pertama pun tak tertanggung. mintak² tak ada lah kali kedua. Amin.

pasca banjir
kesan dari banjir mmg lah amat teruk dan tidak disangkakan. kesan terhadap kehidupan mangsa, sudah tentu lah tidak dapat dibayangkan lagi. kemusnahan harta benda, kemusnahan sumber rezeki malah ada yg kehilangan saudara. secara fizikalnya, kesan kemusnahan bumi lost world yg aku dapat lihat ketika meninjau² kawasan adalah sungai yang semakin melebar di sebabkan tebing yg runtun dan terhakis. tebing sungai sudah menghapiri kawasan penempatan dan kedai. jalan raya rosak teruk. bandar lumpuh seketika. banyak perniagaan belum mula beroperasi. lampu trafic masih belum berfungsi. di kawasan lain di johor aor masih belum surut. dan sekarang, hujan juga masih turun. air sungai masih belum surut sepenuhnya. masih di tahap penuh. dan jika berlaku lagi hujan tanpa henti, mungkin akan melimpah semula. dari tinjauan aku juga, aku dapat lihat mangsa² yg berusaha membersihkan rumah dan premis² perniagaan masing². kami disini juga ada membuat gotong royong membantu membersihkan rumah staf yg terlibat.

sesungguhnya bantuan anda masih lagi diperlukan. hulurkan sumbangan ringankan beban. jika tidak tahu bagai mana, antara salurannya... tabung mangsa banjir tv3. no akaun maybank 514271420052. hehe... iklan la pulak

//ah lupa pulak... ada jual vcd segamat banjir. di pasaran lost world lah. kat luar takde kot.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments