Entry: Aku nak Jadi Iron Chef Thursday, December 14, 2006



ehem ehem...
dengan sukacitanya dimaklumkan aku ada hobi baru, iaitu MEMASAK. huhuhu. sejak dah bosan giler makan kat luar, aku mula berjinak² dengan dunia masakan. belajar sendiri jek. takde ikut kelas memasak ke, ikut resepi ke... cuma ikut selera aku. kalau masak sendiri nie, even simple je masakan nye tetap berselera. huhuh. nasik tuh bleh tambah 2 3 kali. walaupun masakan aku tuh takde la sedap, tapi memenuhi piawaian untuk kesihatan. takde perasa tambahan, takde ajinomoto, kurang minyak, kurang garam dan tak overcook.

3 hari lepas aku dah beli 2 periuk non-stickyg besar dan satu kuali baru. sesuai kalu nak masak asam pedas, gulai or kuah laksa. pas nie aku nak beli rak pinggan baru, sebab pinggan² dah byk. set pinggan mangkuk microwave safe yg beli hari tuh pun blum kuar kotak. pastu nak beli oven untuk bakar membakar. bleh buat biskut ke, buat kek ke. ermmmm.... best nyer. bakar ayam ke... leh la wat nasi ayam. huhu.. itu la angan² aku. resepi pun aku tak tau. ala takpe... blom cube blom tau kan.

time² student cuti camnie mmg la best. xde keja... bleh la aku masak memasak. nanti bila semester baru dah start, tak tau la aku ada masa ke tak nak teruskan hobi aku nie.

pagi tadi aku masak jemput². aku panggil cucur... tapi ada orang tuh kata jemput². ape² ntah... rosak bahasa betui. kalau kat tepung segera adabi tuh pun ditulis "cucur udang", "cucur ikan bilis". maksudnya... menurut bahasa kebangsaan, patut panggil cucur la kan. jemput² tuh ntah dari mana dapat. ingat jemputan kawen ke ape. nak jemput² ni. cucur yg aku buat pagi tadi pun ikut selera aku gak la. huhuhu. senang jer, tepung gandum + ikan bilis + carrot + bawang besar. sedap... makan ngan sos kicap yg slalu org johor makan ngan goreng pisang tuh.

fight oh..... OH~!

   1 comments

trex
December 19, 2006   06:02 PM PST
 
teringat ms memula kawen dulu...
punya berazam nak masak ari2...x mau bg hubby makan luar.

pastu siap beli oven baru...dgn alasan nak masak yg best2.

tp kalu dah hari2 balik lmbt...angan2 taik ayam jer laa

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments